MForce rasmi lancar SYM ADXTG 400, harga RM26,800

39

MForce Holding Berhad rasmi melancarkan skuter SYM ADXTG ke pasaran tempatan pada harga RM26,800.

Skuter dengan gaya maxi ‘Adventure’ ini direka untuk kegunaan bandar dan juga laluan off-road ringan menerusi pilihan dua mod On Road dan Off Road.

Ia menggunakan enjin 399cc, satu silinder, penyejukan cecair SOHC dengan teknologi Hyper-VVS yang menghasilkan kuasa 25.7kW @ 7,000rpm dan tork 37.2Nm @ 5,500rpm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik CVT dengan sistem pacuan rantai, berbeza dengan skuter biasa yang enjin dan kotak gear bersambung terus ke swingarm. Ia menawarkan pengendalian yang lebih stabil seperti motosikal.

Berikut fakta ringkas SYM ADXTG 400 :

  1. Menggunakan kerangka yang kukuh berasaskan teknologi dari model MAXSYM TL yang direka untuk kestabilan di pelbagai permukaan.
  2. Mempunyai reka bentuk agresif dan tajam, diinspirasikan dari harimau ‘saber-toothed’ (Smilodon) yang jelas boleh dilihat pada lampu hadapan LED dan DRL (lampu nyala siang) yang menyerupai taring harimau.

  3. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork depan jenis terbalik bersaiz 41mm suspensi belakang monoshock dengan sambungan multi-link pada swingarm aluminium.
  4. Roda hadapan bersaiz 15 inci dan roda belakang bersaiz 14 inci.
  5. Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera bersaiz 233mm di depan dan 275mm (belakang).
  6. Dilengkapi ciri keselamatan antaranya Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS) dari Bosch. Fungsi ABS dan TCS untuk roda belakang boleh dimatikan untuk kegunaan off-road.
  7. Antara ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah panel meter LCD, sistem kunci pintar, pengecas USB 3.0, cermin penghadang angin boleh laras secara manual, pelindung hendal dan enjin,  ruang simpanan bawah pelana yang boleh memuatkan satu helmet muka penuh serta saiz tangki minyak 13 liter. 

Kehadiran SYM ADXTG 400 yang berkonsepkan adventure ini bakal bersaing dengan Honda ADV350, Zontes 368G dan Honda Forza 350.

ADXTG 400 boleh didapati di pusat jualan bermula hujung bulan ini dan didatangkan dengan tiga pilihan warna badan iaitu putih, kelabu gelap dan kelabu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here