Kemalangan tiga kenderaan, pemandu treler maut

33

Seorang pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM366, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Tanjong Malim, pada malam Isnin. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Mohamad berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler muatan batu kapur dengan sebuah low loader dan MPV. 

“Laporan mengenai kemalangan maut diterima pada jam 10.30 malam dan pemandu treler dari arah Simpang Pulai disahkan meninggal dunia.

“Terdapat empat lagi mangsa yang cedera dan sedang menerima rawatan awal di lokasi kejadian,” jelasnya. 

Tambah beliau, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sementara itu, PLUS Malaysia melalui akaun Facebooknya memaklumkan bahawa kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 16km yang melibatkan laluan dari Sungkai menuju Slim River.

“Status terkini pada jam 8.28 pagi, semua lorong arah utara terhalang, lorong kiri arah selatan terhalang.
 
“Trafik arah utara tidak bergerak, trafik arah selatan bergerak perlahan. Bagi penguna menuju ke utara, sila gunakan laluan alternatif keluar di plaza Sungkai/Slim River. Rancang perjalananan,” tulisnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here