CFMoto Malaysia rasmi lancar 800MT-X, harga RM48,888

26

CFMOTO Malaysia memperkenalkan motosikal adventure touring, CFMOTO 800MT-X pada harga cadangan RM48,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Ditawarkan dengan dua warna badan Zephyr Blue dan Nebula Black, CFMOTO 800MT-X dikuasakan oleh enjin 799cc DOHC 2-silinder sebaris, 4-lejang yang menjana kuasa maksimum 70kW @ 8,500rpm dan tork maksimum 87Nm @ 6,750rpm.

Kemudian, ia dipadankan dengan sistem bahan api EFI, sistem pencucuhan T.C.I dan sistem hidup elektrik yang memastikan operasi enjin sentiasa konsisten dan cekap.

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear manual 6-kelajuan bersama gandingan klac jenis ‘sliding’ dan sistem pacuan rantai.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik terbalik di depan dan penyerap hentak mono boleh laras di belakang bersama tayar CST bersaiz 90/90-21 (depan) dan 150/70-R18 (belakang).

Bagi menghentikan mahupun memperlahankan jentera, CFMoto memilih brek jenama J.Juan yang terdiri daripada cakera berkembar di depan dan cakera tunggal di belakang bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) pada kedua-dua bahagian.

Selain itu, ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah Sistem Kawalan Traksi (TCS), quickshifter, tiga mod tunggangan (Standard, Rain dan Off-road), kawalan kruise, sistem pemantauan angin tayar (TPMS) dan suis keselamatan tongkat sisi.

CFMOTO 800MT-X didatangkan dengan panel meter TFT bersaiz 7-inci dengan paparan menegak, port pengecasan USB jenis A dan C, visor angin pelarasan manual, pelindung tangan dan tangki minyak bersaiz 22.5 liter. 

Bagi keselesaan membawa barangan ketika off road mahupun kembara jauh, CFMoto menyediakan dua unit kotak sisi berkapasiti 35 liter dan satu kotak atas 45 liter.

Dengan berat basah 220kg, 800MT-X didatangkan dengan tinggi pelana 830mm serta dimensi 2,288mm (panjang), 945mm (lebar) dan 1,446mm (tinggi).

Setiap pembelian CFMOTO 800MT-X didatangkan dengan jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here