
Geely Auto memperkenalkan strategi transformatif Five by Five di Milan, Itali iaitu pelan induk berwawasan untuk pengembangan dan inovasi global.
Geely turut memperkenalkan SUV andalan enam tempat duduk berkuasa AI, Geely Yinhe M9.
Berbekalkan hampir 30 tahun pengalaman dalam pembuatan kereta, Geely telah membangunkan sistem strategik global yang komprehensif.
Ini termasuk lima pusat reka bentuk, pusat R&D, lima kelompok pengujian, lima laluan rangkaian kuasa, dan lima ekosistem AI, membentuk keupayaan sistematik spektrum penuh.
Strategi Five by Five Geely Auto untuk Pengembangan Global
Strategi Five by Five yang inovatif merupakan satu peta jalan (road map) yang berani dan komprehensif untuk merevolusikan kedudukan Geely Auto dalam industri automotif global.
Strategi transformatif ini memacu inovasi melalui lima pusat reka bentuk yang terletak di Shanghai, Ningbo, Milan, Gothenburg, dan Coventry.
Pusat ini menggabungkan kebijaksanaan Timur dengan perspektif pelbagai budaya untuk mencipta ekosistem design dinamik yang akan dikagumi secara global.
Lima pusat R&D di Hangzhou, Ningbo, Gothenburg, Coventry dan Frankfurt memacu penemuan teknologi, memastikan kepimpinan Geely dalam teknologi mobiliti.
Strategi ini merangkumi lima kelompok pengujian global dengan 16 pangkalan.
Antaranya ialah Geely Europe Testing Base yang baru dirasmikan di Frankfurt dan Geely Comprehensive Safety Testing Center yang terbesar di dunia dan dijadualkan siap di Ningbo tahun ini.
Pusat ini menumpukan pada keselamatan, kecerdasan, prestasi, pengalaman pengguna, dan kebolehsuaian global.
Komitmen Geely Auto terhadap inovasi automotif direalisasikan melalui lima laluan (pathway) rangkaian kuasa. Ini termasuk:
- Petrol kecekapan tinggi
- Elektrik
- Hibrid
- Sel bahan api metanol
- Teknologi penukaran bateri
Pendekatan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna dan pasaran global yang pelbagai.
Akhir sekali, Geely mempunyai ekosistem AI menyeluruh yang unik.
Ia disokong oleh Geely Xingrui Super Computing Center dan lima syarikat utama (StepStar, SiEngine, DreamSmart, Qianli Technology, dan Geespace).
Ini membolehkan Geely menyediakan penyelesaian mobiliti pintar yang direka khas untuk keperluan pengguna.
Strategi Five by Five mewakili pencapaian penting dalam perjalanan pengembangan global Geely, menekankan komitmen syarikat untuk membina ekosistem automotif bertaraf dunia.
SUV Flagship Berkuasa AI: Geely Yinhe M9
Juga di acara Milan, Geely Auto memperkenalkan Geely Yinhe M9, sebuah SUV andalan enam tempat duduk yang dilengkapi dengan teknologi super hibrid.
Pengenalan ini menandakan pelancaran global strategi perintis Five by Five.
Geely Yinhe M9 menggabungkan kebijaksanaan dari Timur dengan estetika antarabangsa untuk sebuah SUV yang megah, luas, dan menonjol secara visual.
SUV ini juga menjadi pentas untuk pengenalan Geely AI Digital Chassis dan G Pilot H5 Intelligent Driving Assistance System.
Dikuasakan oleh sistem AI Cloud 2.0 driven EM P Super Hybrid, ia mencapai kecekapan bahan api yang luar biasa iaitu 4.8 L/100 km.
Pecutannya sama hebat dengan 0–100 km/j dalam 4.5 saat.
Geely Yinhe M9 juga model pertama dilengkapi Geely AI Smart Cockpit generasi baharu dengan sistem ADAS canggih dan penarafan keselamatan ‘lima bintang +’.