Pemandu maut, lori rempuh treler di lebuh raya WCE

110

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori treler di KM243, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Trong, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 2.50 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kelindan lori itu bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Trong dengan kekuatan lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya. 

Tambah beliau, ketua operasi melaksanakan penilaian situasi serta mengaplikasikan konsep SAVER dalam pengurusan insiden.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 pagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here