
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu Honda Rebel menerusi pilihan Pearl Sugarcane Beige dan Matte Dim Grey Metallic pada harga RM33,899 seunit.
Sudahpun berada di pusat jualan Honda BigWing bermula hari ini, Rebel dijana oleh enjin 471cc penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 34kW @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 6,500rpm.
Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah tangki minyak bersaiz 11.2 liter, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran, pencahayaan LED sepenuhnya serta paparan meter LCD dengan posisi gear digital dan penggunaan minyak.
BSH menawarkan waranti pengeluar dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana tiba dahulu).