Senarai 10 motosikal paling panas di Perancis, majoriti BMW & Yamaha!

14

Masalah kecurian motosikal bukanlah satu perkara baharu, dan ia tidak hanya berlaku di negara-negara tertentu.

Di Perancis misalnya, kebanyakan motosikal yang terlibat dalam kes kecurian terdiri daripada motosikal yang mahal dan canggih, majoritinya daripada jenama BMW dan Yamaha!

Berikut merupakan senarai motosikal panas yang menjadi kegemaran pencuri di sana berdasarkan data daripada syarikat insurans motosikal La Mutuelle des Motards:

1. BMW R 1250 GS & GSA
2. Yamaha Tracer 7
3. BMW R 1250 RT
4. Yamaha Tracer 9 GT & GT+
5. Yamaha MT-09
6. Yamaha MT-10
7. BMW S 1000 RR
8. Yamaha Tenere 700
9. KTM 125 Duke
10. Yamaha MT-07

Selain daripada senarai di atas, beberapa skuter popular turut menjadi sasaran pencuri seperti Yamaha TMAX, Honda PCX, Honda X-ADV, serta Piaggio Liberty.

Jadi, jika anda merancang untuk melancong dan meneroka negara Perancis dalam masa terdekat dengan menggunakan motosikal, cuba elakkan daripada memilih model-model yang tersenarai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here