
Jika anda menganggap SUV Toyota Century sebagai yang paling dekat dengan kemewahan automotif seperti layaknya keluarga diraja tanpa perlu ditabalkan, anda betul.
Kini, Toyota menjadikannya sedikit lebih istimewa dengan ciri baharu iaitu cermin pandang belakang auto malap sebagai standard bagi model 2025.
Sudah tentu, ia bukanlah kemas kini yang paling revolusioner, tetapi untuk kenderaan yang sudah pun sangat mewah, setiap perubahan kecil adalah penting.
Untuk model 2026, kemas kini utama pada SUV Century ialah fungsi malap tiga peringkat pada cermin pintu belakang dan cermin kecil yang boleh bertukar antara cerah, separa cerah dan gelap sepenuhnya.
Toyota mencapai ini dengan melapiskan filem khas di antara dua panel kaca lut sinar pada kedua-dua sisi kenderaan. Bagaimanapun, bumbung panorama tidak mendapat sentuhan yang sama dan kekal dengan pelindung matahari elektrik konvensional.
TINGKATKAN PRIVASI PENUMPANG BELAKANG
Matlamat Toyota dengan ciri malap pada cermin itu untuk meningkatkan privasi penumpang belakang, menghalang pandangan dari luar tanpa mengorbankan cahaya semula jadi. Dalam mod gelap mengingatkan kepada suasana bilik tradisional Jepun.
Lagipun, SUV Century direka terutamanya sebagai kenderaan dengan pemandu yang memfokuskan kabin belakang.
Ia dipadankan dengan pemijak kaki elektrik, pintu belakang yang terbuka lebar, pemegang bantuan, pencahayaan ambien, meja yang boleh ditarik, permukaan antibakteria, penyangkut kot, dan juga tempat simpanan pengiah kasut.
Masih belum yakin?. Tempat duduk penumpang belakang dilengkapi dengan penyandar dan perehat kaki yang boleh dilaraskan rata sepenuhnya yang sesuai untuk merehatkan badan sebentar.
Penumpang belakang juga mendapat panel kawalan sendiri dan sistem hiburan khusus dengan paparan individu, semuanya disambungkan ke sistem audio premium 18 pembesar suara.
Tiada perubahan pada reka bentuk luaran atau dalaman SUV Century, yang masih agak baharu selepas diperkenalkan pada September 2023.
Dengan panjang 5,205 mm, ia sering disebut sebagai jawapan Jepun kepada Rolls-Royce Cullinan, dan dengan menu pilihan personalisasi yang luas, termasuk binaan yang dipesan khas sepenuhnya, ia memang layak dibandingkan.
Di bawah hud, SUV Century menggunakan enjin 3.5 liter V6 hibrid plug-in berkuasa 406hp dengan sistem AWD E-Four Advanced, sementara bateri menyediakan jarak panduan elektrik sejauh 69km.
Toyota telah mengesahkan secara rasmi akan ada GR Century SUV dengan peningkatan prestasi daripada jabatan Gazoo Racing.
Dengan tawaran cermin auto malap baharu, meningkatkan harga sebanyak JPY2 juta (RM58,262), menjadikan tanda jualan JPY27 juta (RM786,531). Ketersediaannya kekal sangat terhad. Pesanan hanya diterima di beberapa pengedar terpilih di Jepun dan terutamanya ditawarkan kepada pemilik sedan Century sedia ada.
Toyota bukanlah yang pertama memperkenalkan kaca malap pada kenderaan pengeluaran. Jenama seperti Maybach, Mercedes, dan McLaren sudah pun menggunakan teknologi kaca pintar pada bumbung matahari dan tingkap sisi model mewah mereka.
Malah Nissan juga menyertai kelab baru-baru ini, menambahkan pilihan bumbung matahari elektro-kromatik pada Leaf terbaharu.