
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat CN235-220M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang tular di media sosial.
Kejadian berlaku pada jam 11.15 pagi, pada Isnin itu akibat masalah ‘nose landing gear’ ketika melakukan pendaratan selepas selesai melaksanakan tugas penerbangan logistik daripada Labuan dan Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, kesemua anak kapal dan penumpang pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut TUDM, pihaknya akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
ARTIKEL LAIN