Dua maut dipercayai lumba haram di SKVE

319

Dua dipercayai maut selepas dikatakan berlumba haram berhampiran Plaza Tol Pulau Indah, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Klang, malam tadi.

Kejadian tersebut tular menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat di aplikasi media sosial melibatkan empat buah motosikal.

Menurut perakam video, insiden itu melibatkan kumpulan penunggang berlumba dari simpang empat Laguna.

Menurut perakam, terdapat mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

“Habis, Ya Allah. Hancur. Mereka berlumba tadi dari Laguna simpang empat tadi.

“Baru jadi. Allahuakbar, hancur kaki. Oh berderai. Adui korang inilah. Dari tadi, aku perhati korang ini,” katanya.

Berdasarkan video yang tular itu turut memaparkan ketulan daging mangsa di atas jalan tersebut.

“Hancur bang, 500 meter sebelum sampai Laguna Tol,” kata perakam itu.

Menjengah ruangan komen video itu, salah seorang pengguna dikenali Aj As Aj menyatakan kejadian tersebut berlaku atas pilihan sendiri.

“Tak boleh buat apa pilihan sendiri. Ibu bapa dan kerajaan dah bagitau bahaya. Kita buat juga. Salam takziah,” tegasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here