
Seorang pengguna akaun TikTok Awinn berkongsi kira-kira lima buah kenderaan yang diparkir di bahu jalan berhampiran stesen LRT Glenmarie, Shah Alam mengalami kerosakkan dalam satu insiden langgar lari.
“Cerita hari ini (25 Jun). Balik kerja nampak banyak kereta kene seret, dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekalipun.
“Sakit mat tengok damage kereta walaupun bukan kereta sendiri yang kena, tak dapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret. Moga yang terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan,” tulis kapsyen video.
@aawinn10 Cerita hari ini [25 Jun 2025] Balik kerja harini nampak banyak kereta kene seret.. dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekalipun.. Sakit mat tengok damage kereta walaupon bukan kereta sendiri yang kena.. takdapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret.. moga yg terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan.. #glenmarie #lrtglenmarie #shahalam
Menerusi video pendek itu boleh dilihat sebuah Honda City dan trak pikap mengalami kerosakkan teruk pada bahagian sisi dan cermin pecah di samping bahagian depan yang remuk.
Dipercayai pemandu yang terlibat masih belum dapat dikesan kerana tiada nota permohonan maaf ditinggalkan.
Rata-rata pengguna media sosial berkongsi keluhan ruang parkir yang terhad di stesen berkenaan memaksa pemilik meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran.
“Kat LRT Glenmarie ni memang parking tak cukup, aku park dalam parking bay pun kena park luar kotak sentiasa penuh pukul 7 je dah penuh dah parking tu and pernah kena langgar juga aku kereta dalam tu.
“Mana lagi nak park kat Glenmarie ni diaorang pun terpaksa park tepi jalan. Harap pihak rapid dapat la selesaikan masalah parking kt Glenmarie ni maybe buat parking bertingkat lebih efficient,” komen Daniel.
Sementara itu, Ashdeq menyatakan simpati kepada mangsa yang pasti terkejut melihat keadaan kenderaan sebaik pulang dari kerja.
“Komen dalam nih tak chill. Maybe tak tahu kot situasi parking tak cukup. Maybe tak pernah naik train. Kesian pada owner kereta tuh, balik keje tengok kereta dah calar balar,” tulisnya.