
Kes kecederaan dilapor melonjak mendadak selepas peraturan yang mewajibkan pemakaian topi keledar tidak lagi diguna pakai di negeri Nebraska, Amerika Syarikat.
Menurut laporan VisorDown, perubahan peraturan tersebut menyaksikan kes kecederaan serius meningkat lebih 40 peratus dari tahun 2023 hingga 2024.
Sementara itu, outlet media tempatan Kearny Hub melaporkan pada tahun 2023, hampir 21 peratus penunggang motosikal yang mengalami kecederaan teruk tidak memakai topi keledar.
“Pada tahun 2024, hampir 64 peratus (atau 124 daripada 294 kes) yang didaftarkan disebabkan oleh tidak memakai topi keledar.”
Data yang dikumpulkan oleh Pejabat Keselamatan Lebuhraya Nebraska menunjukkan kurang daripada 70 peratus penunggang memakai topi keledar pada tahun 2024.
Lebih membimbangkan, angka kematian untuk tahun yang sama kini mencecah 32, atau peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding 22 rekod kematian yang dicatatkan pada tahun 2023.
Peningkatan kes kemalangan serius turut menyumbang kepada kenaikan bil hospital.
Berdasarkan kajian daripada Pusat Perubatan University Nebraska (UNMC), penambahan bilangan pesakit yang tidak memakai topi keledar menyumbang kepada lebih $440,000 (RM1.9 juta) kepada kos tambahan hospital berikutan perubahan peraturan tersebut.