Malaysia, Singapura dedah tren pertama RTS Link, bakal beroperasi 2027

25

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow mendedahkan secara rasmi tren pertama Rapid Transit System Link (RTS Link).

Majlis pelancaran yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu disempurnakan di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di Singapura. 

Livery atau warna tren tersebut memaparkan warna merah, biru dah putih, melambangkan warna bendera Malaysia, Singapura dan Johor.

Dalam satu kenyataan bersama kedua-dua kementerian tersebut, perkhidmatan RTS Link yang dijadual beroperasi pada 1 Januari 2027 itu akan menggunakan lapan tren dibuat China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Zhuzhou Locomotive Co. Ltd.

Setiap tren terdiri daripada empat gerabak dengan setiap perjalanan mempunyai kapasiti melebihi 600 penumpang, manakala keseluruhan penumpang bagi setiap jam dianggarkan boleh mencecah sehingga 10,000.

Sehingga kini, kerja-kerja sistem telah siap sebanyak 56 peratus merangkumi kerja-kerja trek, ‘rolling stock’, ‘traction power supply’ serta integrasi bagi sistem isyarat, komunikasi dan kawalan manakala kerja-kerja trek pula dijangka siap menjelang akhir Julai ini.

Sepanjang Julai dan Ogos 2025, aktiviti utama termasuk pemeriksaan, pengujian dan pentauliahan sistem TPS, termasuk sistem intertripping dan interlocking.

Kerja-kerja ini penting untuk memastikan kesiapsiagaan sistem bekalan kuasa bagi menyokong aktiviti pengujian tren di Depoh Wadi Hana pada September 2025.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here