
Hot hatch Toyota GR Corolla pada ketika ini dipasang di kilang Motomachi, Jepun bersama-sama dengan model GR Yaris.
Dalam perkembangan terbaharu, Toyota mengesahkan GR Corolla akan diproduksikan di United Kingdom bermula tahun 2026.
Menurut laporan, Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK) sedang memulakan persediaan sejak tahun lepas lagi dan memulakan produksi hot hatch tersebut tahun hadapan.
Ini bermakna, kilang Burnaston di Debyshire akan menjadi kilang pertama luar Jepun yang menjadi lokasi pemasangan model Gazoo Racing.
Namun buat masa ini, Toyota tidak mengesahkan perancangan sama ada untuk menjual hot hatch tersebut di benua Eropah ataupun tidak.
Namun yang pasti, permintaan yang semakin meningkat terhadap GR Corolla menyebabkan Toyota membuat keputusan untuk mengembangkan lagi kapasiti produksi dan mengeksport model tersebut ke pasaran Amerika Syarikat.
Salah satu faktor yang turut menyumbang kepada perancangan ini ialah tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun yang lebih tinggi (25 peratus) berbanding kenderaan yang dipasang di UK (10 peratus) untuk setiap 100,000 unit per tahun.
Dengan mengalihkan produksi GR Corolla untuk pasaran Amerika di UK ini akan meringankan serba sedikit beban tarif yang terpaksa ditanggung oleh Toyota.