
Pakar kenderaan ‘rare’ serta koleksi Eropah dan JDM (Japanese Domestic Market),Mark Hocking Special Vehicles (MHSV) baru-baru ini melakukan pemeriksaan sebuah Mitsubishi Lancer Evolution III yang kondisinya sangat luar biasa.
Menurut hantaran di akaun Facebook rasmi, keadaan kereta tersebut digambarkan sebagai “out of the box” atau seperti baru keluar dari kilang.
Satu penemuan yang mengejutkan mengambil kira usia kenderaan itu. Bahkan, odometer Evo III itu menunjukkan angka di bawah 3,000km, sangat rendah serta luar biasa.
Namun hal ini seringkali terjadi pada kenderaan JDM yang disimpan dengan baik di Jepun.
Pemeriksaan itu dilakukan bagi pihak pelanggan MHSV yang telahpun menyediakan peruntukkan cukup besar.
Sayangnya, penawaran tertinggi untuk Evolution III itu mencapai JPY 8 juta (RM237,897). Angka ini boleh dikatakan tinggi mengambil kira kondisi dan usianya. Meskipun demikian, MHSV mengakui bahwa kereta tersebut hampir sempurna seperti baharu.
Penemuan ini sekali lagi membuktikan reputasi Jepun sebagai gudang kereta klasik dan rare dengan kondisi yang terjaga.
Ramai pengumpul mahupun penggemar kereta seluruh dunia mencari kendaraan- impian di negara matahari tersebit itu kerana standard penjagaan dan pemilikan yang tinggi.
Mitsubishi Lancer Evolution III, sebuah model JDM yang sangat dicari, didatangkan dengan enjin 4-silinder sebaris 16-injap DOHC 2.0 liter (1997cc) berkod 4G63 turbo.
Enjin yang dipasang di bahagian hadapan secara melintang itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 270PS dan tork 309Nm menjadikannya sebuah kereta berprestasi tinggi pada zamannya.
Evo III menawarkan pengendalian yang lincah dengan sistem pacuan semua roda (4WD) dan transmisi manual 5-kelajuan.