
Seorang guru madrasah bernama Ahmad Zuhdi terpaksa menjual motosikal miliknya bagi membayar wang ganti rugi bernilai IDR 25 juta (RM6,491) sebagai ganti rugi kerana menampar seorang anak murid.
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan guru dan ibu murid lelaki berkenaan, Siti Mualimah menandatangani surat perjanjian.
Susulan tuntutan itu, Zuhdi terpaksa menjual satu-satunya harta yang dimiliki bagi mengumpul wang pampasan, namun hanya mampu membayar IDR12.5 juta (RM3,245).
@habibi_1693 Pada hari ini sabtu 19 juli 2025 sekitar jam 16.00 selaku penuntut (ibu siti mualimah beserta anaknya datang kerumah pak yudi minta maaf dan akan memgembalikan uang tuntutanya ) dimana pak yudi memberikan maaf Namun TIDAK menerima uang tersebut alias MENOLAK #GuruMadin #KeadilanUntukGuru #ViralIndonesia #NgajiGratis #FYP #beritaviral
Sehingga Ahad, video tersebut sudah ditonton lebih dari ratusan ribu yang menimbulkan pelbagai respons daripada warga maya yang mana majoritinya menyelar tindakan wanita berkenaan.
Kejadian yang berlaku di Demak, Indonesia itu menimbulkan tekanan awam yang akhirnya membawa kepada penyelesaian damai antara kedua-dua pihak.
Keluarga murid itu dilaporkan telah menarik balik tuntutan pampasan penuh dan mengembalikan IDR 12.5 juta yang diberikan.
Siti Mualimah mengaku ketakutan dikecam warga maya susulan tularnya video berkenaan dan memohon maaf atas tindakannya.
Bagaimanapun, Zuhdi sudahpun memaafkan wanita berkenaan dan enggan menerima kembali wang yang telah dibayar.
“Saya ikhlas, apa yang keluar sudah,” ujar Zuhdi di kediamannya.
Pasca peristiwa itu viral di media sosial telah mengundang simpati publik hingga pelbagai derma dilakukan buat guru berkenaan termasuk menerima sebuah motosikal baharu dan menunaikan umrah.
@nirukowe pelajaran apa yg kamu dapat dr kejadian ini? #gurumadin #demak #demak24jam #gurungaji #gurumadrasah #sitimualimah #25jt