Pemuda warga China ditahan tinggal lebih masa

121

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah menahan seorang lelaki warga China yang disyaki tinggal lebih masa semasa cuba keluar dari Malaysia ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada Sabtu.

AKPS dalam kenyataan semalam memaklumkan lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 1 tengah hari ketika pemeriksaan dokumen rutin.

“Pemeriksaan Imigresen terhadap pasport suspek menunjukkan kemasukan terakhirnya ke Malaysia telah direkodkan pada 30 Mei lalu di Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.

“Endosmen Pas Lawatan Sosial suspek didapati telah tamat tempoh dan tiada endosmen keluar dari Thailand yang menandakan dia kekal berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan iaitu selama 34 hari,” katanya.

AKPS memaklumkan suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

“AKPS menasihatkan orang ramai terutamanya warga asing yang berada di Malaysia untuk sentiasa peka dengan tarikh luput pas mereka dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melanjutkan pas atau meninggalkan negara sebelum tempoh berakhir bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

“Penangkapan ini menyerlahkan usaha berterusan AKPS untuk memastikan peraturan Imigresen dankeselamatan sempadan terus dipelihara,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here