Dua maut, lori telur rempuh treler di PLUS

303
Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila lori muatan telur merempuh bahagian belakang sebuah treler yang parkir di tepi jalan di KM372.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Tanjong Malim.
 
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 20-an didapati tercampak keluar dari lori tersebut.
 
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah hari dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi kejadian.
 
“Berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan telur ayam yang dinaiki empat orang iaitu seorang pemandu dan tiga kelindan.
 
“Lori itu merempuh bahagian belakang sebuah treler membawa muatan simen kampit yang parkir di tepi jalan.
 
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa lelaki masing-masing berusia 40 dan 30-an cedera ringan,” katanya. 
 
Sementara itu, dua lagi lelaki telah tercampak keluar dari kenderaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Pihak bomba kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.
 
Sementara itu, dua mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here