Polis gempur samseng jalanan di lokasi panas Pontian

96
Pihak berkuasa menyita 23 buah motosikal dalam Operasi Bersepadu Cegah Samseng Jalanan di lokasi panas sekitar kawasan Jalan Tanjung Piai, Pontian, semalam. 
 
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mengepung laluan utama dan jalan tikus bagi menghalang serta memukat kesemua penunggang motosikal daripada memulakan aktiviti samseng jalanan berkenaan.
 

Seramai 86 individu diperiksa dan 63 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta pengubahsuaian struktur kenderaan yang melampau.

 
Pihak polis menegaskan bahawa sebarang pengubahsuaian terhadap struktur asal kenderaan, khususnya sistem ekzos yang menghasilkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam, merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada penyitaan kenderaan.
 
“Kesemua individu yang terlibat telah di bawa ke Bahagian Penguatkusaan Trafik IPD Pontian untuk tindakan lanjut setelah saringan awal dijalankan di lokasi operasi,” menurut kenyataan.
 
Operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai, 19 orang anggota BSPTD dan anggota Balai Polis Permas serta enamanggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
 
Pihak berkuasa menasihati agar ibu bapa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram atau samseng jalanan.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here