
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang pemuda berbaju batik menegur warga Singapura yang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak.
“Aku cukup pantang jenis macam ni. Kau masuk negara orang, ikutlah peraturan, simple je..,” tulisnya kapsyen video.
Menerusi video berkenaan, pemuda itu menghampiri lelaki warga Singapura itu memintanya berhenti mengisi petrol bersubsidi tersebut.
Pemuda itu juga menunjukkan notis di pam minyak yang menyatakan minyak subsidi berkenaan hanya untuk rakyat Malaysia.
@
Di ruangan komen menjadi pertikaian dalam kalangan pengguna yang keliru dengan nombor plat Sabah dan Singapura yang dikatakan mirip.
Rata-rata warga maya menyatakan format saiz huruf nombor plat yang besar jelas menunjukkan ia merupakan kenderaan Singapura.
“Camne nak tau plate kereta Singapura atau Sabah? maaf tanya sebab tak tau ni, jangan marah,” persoal seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, anggota KPDN telah ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Sebelum ini, kerajaan menetapkan larangan jelas bahawa hanya rakyat Malaysia dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95, manakala kenderaan asing diwajibkan menggunakan RON97.
ARTIKEL LAIN
Bekas pekerja stesen minyak ini dedah taktik rakyat Singapura isi petrol subsidi