20 penduduk terperangkap banjir di Tanjong Malim

1155

Lebih 20 penduduk dilaporkan terperangkap selepas kawasan Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjong Malim dilanda banjir sejak pagi Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan bantuan BBP Slim River digegaskan ke lokasi.

“Komander Operasi bersama 16 anggota dikerahkan dengan kekuatan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah van utiliti.

“Setibanya di lokasi, didapati kawasan berkenaan dinaiki air dan lebih 20 penduduk terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, paras air ketika itu sedang meningkat dan operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi.

“Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap bagi dibawa ke kawasan selamat,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN

#Tips: 5 cara tuntut insurans apabila kereta tenggelam banjir

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here