Counter Setting : SPRM rampas kenderaan mewah dan barangan emas bernilai RM2 juta

15

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai barangan mewah termasuk barang kemas seberat kira-kira 3.2kg bernilai RM1.6 juta dan 75 kepingan emas bernilai kira-kira RM400,000 daripada enam individu yang disyaki terlibat dengan sindiket ‘counter setting’, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, hasil daripada penggeledahan menerusi Op Rentas, SPRM Selangor membuat sitaan terhadap pelbagai harta hasil wang rasuah pada 9 dan 11 September lalu.

Menurutnya, lima daripada pemilik barangan ini adalah pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di lapangan terbang dipercayai menerima wang daripada ejen sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini.

“Antara barangan lain yang turut disita ialah sebidang tanah lot, rumah, beberapa kenderaan mewah, pelbagai jenis beg tangan dan jam tangan berjenama sebanyak 20 utas bernilai anggaran RM100,000 serta wang tunai RM20,000.

“SPRM Selangor juga membeku 70 akaun-akaun bank yang berkaitan menjadikan keseluruhan sitaan berjumlah sekitar RM 3.3juta,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

ARTIKEL LAIN

Hidup mewah hasil aktiviti counter setting, SPRM sita 22 kereta dan 13 motosikal

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here