PMX: Rakyat Malaysia layak isi RON95 sebanyak 300 liter sebulan

39

Rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had tersebut serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

“Sebab purata sekarang dalam 150 liter (sebulan), ada juga kebanyakan 200 liter sebulan dan paling tinggi 250 liter (sebulan), tidak ada yang mencecah 300 liter.

“Bagaimana e-hailing? Kalau e-hailing, itu kita kecualikan sebab anak-anak muda, puluhan ribu yang bekerja untuk itu. Jadi kalau mereka (perlu guna) lebih, kita beri pengecualian,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter hanya untuk kegunaan rakyat tempatan bermula 30 September ini.

Bagaimanapun, untuk warga asing, mereka perlu membayar pada harga RM2.60 seliter bermula tarikh sama.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada Jun tahun lalu.

ARTIKEL LAIN

Tangki minyak 3/4 tak penuh, kereta Singapura diarah patah balik elak isi minyak di JB

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here