Lexus RX300 rosak selepas lima hari isi Pertamax

347

Baru-baru ini tular di Indonesia sebuah Lexus RX300 rosak selepas mengisi petrol Pertamax di stesen minyak Pertamina Benyamin Sueb, Jakarta Utara.

SUV mewah keluaran tahun 2019 milik Stella Kirana itu rosak pada 21 September lalu selepas mengisi bahan bakar Pertamax pada 17 September.

Susulan kejadian itu, Setiausaha Korporat Pertamina Patra Niaga, Roberth MV Dumatubun, menjelaskan pihaknya telahpun mengambil tindakan dengan bertemu dengan wakil stesen minyak, pemilik kereta dan pihak bengkel.

“Pertemuan tersebut memastikan tindakan menyeluruh dan Pertamina Patra Niaga terus memastikan setiap isu atau laporan dari masyarakat ditangani secara cepat dan tuntas,” ujar Roberth.

Pertamina turut menjalankan pemeriksaan kualiti bahan bakar minyak (BBM) di stesen minyak yang terlibat dan hasil ujian mendapati produk mengikut standard dan spesifikasi ditetapkan.

Hasil pemeriksaan teknikal mendapati enjin Lexus memerlukan bahan bakar khas yang mana pengeluar mencadangkan petrol minimum adalah RON 95.

“Untuk enjin teknologi moden dan nisbah mampatan tinggi, penggunaan Pertamax Turbo dengan RON 98 lebih tepat agar prestasi optimum, pembakaran aman, dan terhindar dari gangguan mesin.

“Pertamax sendiri memiliki oktan 92, kerana itu Pertamina bersama bengkel memberi edukasi langsung kepada pemilik kenderaan. Edukasi menekankan pentingnya pemilihan BBM sesuai keperluan enjin,” ujarnya.

Lexus RX300 berkenaan sudahpun dibaiki di pusat servis rasmi dan tangki minyak diisi dengan Pertamax Turbo.  

Stella sebelumnya menceritakan kenderaannya kehilangan kuasa setelah mengisi Pertamax dan SUV itu rosak ketika sedang dipandu sekitar kawasan Roxy, Jakarta Barat.

“Awalnya aman-aman saja. Tapi hari Ahad, ketika saya pandu dan minyaknya tinggal setengah, tiba-tiba mobilnya mati sendiri di jalan.

“Gasnya hilang begitu saja, mobil jadi enggak ada tenaga. Saya panik kerana ini pertama kalinya mengalami mobil rosak di jalan,” jelasnya.

Penyelenggaraan melibatkan penggantian penapis minyak hitam dan mencuci tangki minyak melibatkan kos IDR 1.8 juta (RM). Stella meminta Pertamina bertanggungjawab, tidak hanya atas kerugiannya, tetapi juga untuk pengguna lain yang mengalami gejala sama.

“Untuk wang kerugiannya tidak seberapa untuk saya, tapi Pertamina harus menyelidik seluruh stesen minyaknya. Audit Pertamina kerana sudah membimbangkan masyarakat. Kejadian ini sudah pernah heboh tapi mereka enggak tanggapi,” kata Stella.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here