
Xiaomi EV melancarkan Perkhidmatan Penyesuaian Xiaomi (Customization Service) yang dinanti-nantikan.
Program ini bermula dengan model utama, Xiaomi YU7 Max dan Xiaomi SU7 Ultra.
Perkhidmatan ini menawarkan 26 pilihan eksklusif bagi warna cat, dalaman dan komponen hiasan untuk memberikan pengalaman pemilikan mewah mengikut citarasa peribadi dan berkualiti premium.
Kemewahan Untuk Semua: Strategi ‘Custom’ Xiaomi
Program ini adalah usaha Xiaomi untuk membawa kemewahan kepada umum.
Mereka menggunakan kepakaran dalam rantaian bekalan dan pembuatan pintar untuk mengatasi cabaran penghasilan kereta kustom yang biasanya hanya mampu dibuat oleh jenama ultra mewah.
Dengan strategi ini, mereka dapat menawarkan pengalaman terpilih, berkualiti tinggi dan mengikut citaraasa peribadi yang datang dengan nilai luar biasa kepada pelanggan.
Warna dan Bahan: Cerita di Sebalik Setiap Perincian
Cat Gred Artisan
Servis penyesuaian ini menawarkan lima pilihan cat premium yang memerlukan proses yang rumit:
- Amethyst Purple: Memerlukan hampir 50 jam kerja tangan (proses 4C3B) untuk mencapai kemasan bak cermin yang luar biasa. Filem cat 31% lebih tebal daripada biasa.
- Velocity Red: Menggunakan salutan jernih (clear) berwarna gred nano (empat kali lebih mahal) yang mampu meningkatkan ketepuan warna merah hingga 20%.
- Dawn Pink (Matte): Kemasan kusam yang dibuat di kilang, menghilangkan pantulan cahaya untuk menonjolkan setiap ukiran badan kereta.
- Dua pilihan lain termasuk Buttercup Yellow dan Nightfall Rose memiliki kesan color-flip unik.
Kabin dan Seni Buatan Dalaman
Bahagian dalaman pula lari daripada warna konvensional. Pilihan skema warna termasuk:
- Dua tona Iris Blue & Onyx Black menggunakan Alcantara® biru mengubah bahan prestasi menjadi elemen seni.
- Skema tiga-tona Moonshadow Gray & Charcoal Black & Yellow Accent untuk SU7 Ultra, mengambil inspirasi reka bentuk kompleks ultra-mewah.
Mutu bahan turut dinaik taraf. Venir Kayu Abu (Ash Wood Veneer) disempurnakan dengan proses tatahan debu aluminium secara manual bagi mencipta tekstur 3D.
Paling eksklusif, logo kereta dinaik taraf kepada Emblem Seramik & Emas 24K melalui teknologi magnetron sputtering yang biasanya ditemui pada jam tangan mewah.
Perincian Jitu dan Gaya Tersendiri Pemilikan
- Roda Tempa 5 Jejari Berkembar 21″: Memerlukan tiga kali ganda masa pemesinan berbanding roda tempa biasa.
- Angkup Brek: Tersedia dalam warna Merah, Biru, atau Hijau yang menyerlah (Biru dan Hijau menampilkan cat logam).
Sentuhan artisan turut meliputi bahagian dalaman. Tempat duduk dijahit menggunakan teknik jahitan corak timbul (quilting technique khas) yang diinspirasikan daripada busana terkemuka, disempurnakan dengan jahitan tujuh-jarum segerak untuk ketepatan yang jitu.
Logo “M + ∞” bersulam (1,862 jahitan!) melambangkan kemungkinan tak terbatas
Plak Khas di pintu hadapan (YU7 Max) dihasilkan melalui teknik elektroforming untuk kemasan kilatan tinggi.
Program ini memastikan Ciri Eksklusif pemilikan yang unik dengan:
- Plak Ruang Hadapan tersemat dengan mesej khas peribadi, diletakkan di bawah hud hadapan (bukan sekadar maklumat motor).
- Lampu Pintu Berbentuk Nebula sebagai aluan.
- Pilihan Tali Pinggang Keledar Berwarna (Iris Blue, Neon Yellow, Glacier Blue), Bolt Livery daripada model prototaip dan Bumbung Gentian Karbon 1.7㎡ untuk SU7 Ultra.
Pusat Eksklusif dan Kapasiti Terhad
Bagi menjamin kualiti, Xiaomi EV telah menubuhkan Pusat Penyesuaian Khas seluas lebih 400 meter persegi.
Fasiliti ini membolehkan pelanggan melihat proses pembuatan secara telus dan mengambil bahagian dalam bengkel kulit DIY.
Namun begitu, program ini kekal sangat eksklusif.
Oleh kerana proses artisanal dan pembuatan yang rumit dan ekstensif, perkhidmatan ini hanya akan beroperasi sebagai percubaan setahun dan terhad kepada 40 kenderaan sebulan sahaja.