Kenderaan JPJ rosak akibat perbuatan khianat

44

Sebuah kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu rosak dipercayai akibat perbuatan khianat pada Rabu lalu.

Pengarah JPJ Terengganu Mohd Zamri Samion berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.45 pagi di sekitar kawasan tempat letak kereta di bangunan Pusat Niaga Paya Keladi, Kuala Terengganu ketika petugas JPJ sedang menghadiri kursus pengurusan aset.

Beliau berkata hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an menggunakan objek seperti batang kayu.

“Insiden itu disedari selepas kenderaan tersebut didapati retak cermin hadapan, cermin sisi dan cermin penumpang sebelah kanan.

“Laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan segera dan terperinci. Motif ebenar perbuatan itu juga masih dikenal pasti,” katanya.

Mohd Zamri berkata pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda kerajaan, malah menjejaskan kelancaran urusan rasmi serta keselamatan petugas jabatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here