Kempen panggil semula terbaharu Ford libatkan 1.5 juta kenderaan termasuk Mustang

7

Untuk tahun ini sahaja, Ford sudah pun mempunyai senarai kempen panggil semula yang cukup panjang.

Terbaharu, sebanyak hampir 1.5 juta kenderaan terjejas dengan kempen panggil semula melibatkan model berikut:

  • Ford C-Max (2015-2016)
  • Ford Escape (2015-2016)
  • Ford Explorer (2015)
  • Ford Fiesta (2019)
  • Ford Flex (2015-2019)
  • Ford Fusion (2016)
  • Ford Mustang (2020)
  • Ford Taurus (2015-2016, 2018-2019)
  • Lincoln MKT (2015, 2019)
  • Lincoln MKZ (2015)
Gambar hiasan

Kesemua kenderaan tersebut disyaki mempunyai sistem kamera belakang yang gagal berfungsi.

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 12,487 tuntutan waranti berkait rapat dengan kamera belakang yang bermasalah, di mana laporan pertama telah diterima pada Julai 2014.

Difahamkan terdapat lima kes kemalangan berkaitan dengan isu tersebut, namun tiada sebarang laporan kecederaan diterima.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here