Ini fakta ringkas Proton Saga serba baharu, bakal lancar hujung bulan ini

138

Proton Saga kembali dengan generasi keempat serba baharu, menamatkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan peminat automotif negara.

Bakal dilancarkan tidak lama lagi, Proton Saga serba baharu ini dijangka bakal merombak landskap segmen A dan B menerusi tawaran ciri-ciri premium yang belum pernah dilihat dalam kelasnya.

Menggunakan tagline “Intelligence That Thrills”, Saga baharu merupakan evolusi menyeluruh menggabungkan warisan 40 tahun Saga dengan teknologi terkini.

Berikut informasi tentang Proton Saga serba baharu yang bakal lancar :

  • Menggunakan platform baharu Advanced Modular Architecture (AMA). Seni bina elektronik termaju ini membolehkan integrasi lancar sistem pintar generasi baharu yang membuka laluan kepada teknologi sambungan pintar dan pemanduan autonomi dalam model akan datang.
  • Saga baharu lebih panjang 4,390mm dengan tambahan +55mm manakala lebar kekal pada 1,690mm dan jarak roda 2,465mm.
  • Didatangkan dengan 337 komponen baharu bersama 35 ciri baharu bernilai sekitar RM12,000.
  • Dua skrin bersepadu bersaiz 16-inci menerusi paparan infotainmen 9-inci dan kluster meter digital 7-inci.
  • Konektiviti tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Lampu depan projektor LED penuh dengan nyala siang (DRL) LED dan bar lampu belakang LED penuh. Selain itu, gril menggunakan elemen sulaman songket dan Ethereal Bow.
  • Ciri peralatan lain ditawarkan termasuklah tiga port USB jenis-A, tujuh tempat pemegang air, ruang simpanan konsol tengah, cangkuk teh tarik dan tempat duduk dua tona balutan leatherette.
  • Dimensi tempat duduk depan yang ditingkatkan dengan tambahan lebar +1cm dan panjang (+4cm) manakala kerusi belakang lebih lebar + 6cm dan lebih panjang 1cm.
  • Rim aloi baharu 15-inci untuk varian Premium/Executive dan 14-inci bagi standard.
  • Tangki bahan api bersaiz 40 liter (kekal).
  • Pilihan warna badan baharu Deep Marine Blue dan Space Grey.
  • Tiada lagi enjin 1.3 liter, Saga kini dikuasakan enjin i-GT 1.5 liter baharu berkuasa 120PS dan tork 150Nm. Enjin ini menampilkan beberapa teknologi termaju seperti Atkinson Cycle, Dual Variable Valve Timing (DVVT), dan Toothed Timing Chain (yang 25.24% lebih senyap berbanding roller timing chain tradisional).
  • Ia juga menawarkan kecekapan penggunakan bahan api 4.9 liter/100km bagi CVT (peningkatan 14.04%) dan 5.1 liter/10km (peningkatan 10.53%) bagi transmisi 4AT.
  • Janakuasa itu juga telah menjalani ujian dyno lebih 50,000 jam dan lebih 9,000,000km ujian jalan raya global.
Demi ketenangan minda pemilik, Proton menawarkan segudang tawaran sistem keselamatan iaitu : 
 
  • 6 beg udara berbanding dua sebelumnya. 
  • Menggunakan empat bahagian RESS baharu dan badan HPF (Hot Press Forming) untuk ketegaran dan perlindungan maksimum. 
  • Sistem Keselamatan ADAS komprehensif melibatkan AEB (Autonomous Emergency Braking) dengan fungsi Car-to-Motorcyclist Rear Moving (CMRM) dan Rear Braking (CMRB) – kereta nasional pertama yang lulus Ujian AEB Motosikal ASEAN NCAP.
  • DOW (Door Opening Warning) yang pertama dalam segmen A.
  • RCW, Amaran Perlanggaran Belakang (pertama dalam segmen A).
  • Fungsi ADAS Tambahan: Termasuk Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Lane Change Assist (LCA), dan Intelligent High Beam Control (IHBC).

Bilakah pelancaran?…Proton Saga serba baharu bakal dilancarkan sekitar hujung bulan ini dan nantikan pilihan varian dan tawaran harga yang bakal diumumkan nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here