JPJ sita Proton X70 dipandu warga China

66

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menyita sebuah Proton X70 selepas pemandu yang merupakan warga China mempamerkan nombor plat kenderaan lain dan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

SUV itu ditahan ketika operasi penguatkuasaan rutin anggota JPJ dan pemeriksaan lanjut mendapati pemandu warga asing itu melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pemeriksaan awal mendapati kenderaan yang dipandu oleh warga China bersama empat penumpang telah melakukan kesalahan dengan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain serta tiada lesen memandu yang diiktiraf,” menurut kenyataan media. 

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya negara bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

ARTIKEL LAIN

Kereta mewah kena sita, wanita warga China pulang naik e hailing

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here