iCAUR V23 rasmi lancar, harga mula RM119,800

5

iCAUR Malaysia rasmi memperkenalkan model keduanya iaitu iCAUR V23 ke pasaran tempatan pada harga RM119,800 bagi versi 2WD dan RM132,800 bagi versi iWD. 

SUV elektrik segmen-C berkenaan itu ditawarkan dalam dua konfigurasi menerusi versi 2WD dipacu oleh motor elektrik tunggal di bahagian belakang yang menghasilkan kuasa 136PS dan tork 180Nm. 

Gandingan bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj menawarkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360km. 

Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor yang menjana output 211PS dan tork 292Nm.

Pilihan iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430km (NEDC) dengan padanan bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.

Ia kemudian disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan. 

Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar. 

Kedua-dua versi menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW. 

Mengukuhkan status jenama sebagai perintis SUV elektrik penuh di pasaran, iCAUR V23 didatangkan dengan :

 

  • SUV berkenaan memiliki panjang 4,220 mm, lebar (1,915 mm) dan tinggi 1,845 mm bersama jarak kelegaan tanag 2,735 mm.
  • Unjuran pendek di kedua-dua hujung menyerlahkan reka bentuk dan fungsi, memberikan V23 keupayaan hebat dengan sudut tuju 42 darjah, sudut berlepas 41 darjah, dan tahap kecerunan sehingga 40 peratus.
  • Dengan jarak lepas permukaan setinggi 210mm, iCAUR V23 mampu meredah air sedalam 600mm.
  • Penampilan luaran didatangkan dengan lampu depan/belakang LED bersama lampu serta lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan.
  • Untuk memastikan kemudahan dan keselamatan masuk dan keluar kenderaan, V23 menyediakan tempat pijak sisi teguh sebagai ciri piawai, dan pemegang genggaman di dalam untuk semua penumpang.
  • Garis bentuk luar menegak dan lingkungan roda berseginya digandingkan dengan roda 19 inci dan tayar 255/55 R19 pada versi V23 2WD, manakala versi V23 iWD menyerlah dengan roda 21 inci lebih besar yang digandingkan dengan tayar 265/45 R21.
  • Masuk ke kabin, skrin sentuh HD Quad 15.4-inci dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
  • Selain itu, ia didatangkan dengan sistem audio tujuh pembesar suara, kerusi urut berudara serta but bersaiz 234 liter dan boleh ditingkatkan kepada 744 liter. 
  • Lima mod pemanduan versi V23 2WD (ECO, Comfort, Sport, Individual, Slippery) dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan. 

Demi ketenangan minda pemilik, SUV itu didatangkan dengan enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2. 

Ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.

Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut: 

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Maklumat Terlepas Keluar (DAI)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Pertukaran Lorong (LCW)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi dengan pilihan ciri-ciri berguna yang direka untuk memudahkan penggunaan harian. Antaranya termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas. 




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here