“Orang lain berhutang, kereta aku pula kena simbah cat,” pemilik kenderaan

7

Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getah. Begitulah nasib beberapa pemilik kenderaan apabila kereta mereka disimbah cat ‘along’ sedangkan yang berhutang adalah individu lain.

Pemilik kenderaan perlu menanggung kos yang tinggi akibat tindakan ceti haram itu menyimbah cat merah dipercayai sebagai ugutan terhadap individu yang berhutang.

Menurut perkongsian akaun Facebook Arief Iskandar, insiden berlaku sekitar jam 6 petang pada Jumaat di sebuah kawasan parkir pangsapuri, melibatkan beberapa buah kenderaan antaranya Nissan Grand Livina berwarna kelabu dan Perodua Ativa berwarna biru.

“Ini semua h**** ye kawan-kawan. Orang lain yang hutang, kereta aku pula kena cat. Bab* punya ah long. Yang hutang pun perangai macam bab*. Umur pun dah tua tak sedar-sedar lagi. Haishhhhhh,” luahnya.

Kedua-dua kereta itu disimbah cat merah di bonet depan, cermin dan gril. Nota ugutan bertulis tangan dengan dakwat merah turut ditinggalkan dengan mendedahkan nama individu yang didakwa berhutang.

Kandungan nota tersebut berbunyi lantang: “HUTANG WANG BAYAR WANG!!!”

Bagaimanapun, menurut Arief nombor telefon yang ditinggalkan pada nota berkenaan tidak dapat dihubungi. 

Lebih mengecewakan penghutang sebenar tidak menetap di alamat tersebut dan mangsa kejadian sudahpun membuat laporan polis.

“Pihak IO cakap tak boleh buat apa pun.

“Dapat cari penghutangpun cukup dah, minta ganti rugi masalahnya orang itu tidak tinggal di sini, guna alamat mak dia je,” kongsinya di ruangan komen.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here