Utama Berita Automotif Volkswagen ID. Polo baharu, jarak sehingga 454 km, jawapan kepada EV dari...

Volkswagen ID. Polo baharu, jarak sehingga 454 km, jawapan kepada EV dari China?

2

Setelah lama dihebahkan Volkswagen akhirnya memperkenalkan ID. Polo baharu yang merupakan versi elektrik bagi satu daripada model paling berjaya dalam sejarah syarikat.

Dengan rekod jualan melebihi 20 juta unit Polo kini memasuki lembaran baharu untuk masa hadapan.

Dibangunkan di Wolfsburg, ID. Polo menggabungkan reka bentuk yang kemas, ruang yang luas dan mutu tinggi.

Satu yang disebut-sebut tentang ID. Polo sebelum ini ialah harga mampu milik dan Volkswagen menawarkannya pada harga bermula daripada 24,995 euro (RM115,502) di Jerman.

Rekaan Luaran dan Konsep Pure Positive

Model ini merupakan kenderaan produksi pertama yang direka mengikut bahasa reka bentuk Pure Positive daripada Ketua Pereka, Andreas Mindt.

Hasilnya adalah sebuah kereta kompak dengan kadar perkadaran yang kemas dan ciri reka bentuk ikonik seperti tiang C yang dipengaruhi oleh model Golf pertama.

Ruang Dalaman dan Keselesaan

ID. Polo menawarkan ruang dalaman moden dengan seni bina pintar dan bahan bermutu tinggi.

Papan pemuka dilengkapi Digital Cockpit bersaiz 10 inci serta sistem maklumat hibur Innovision dengan skrin sesentuh 13 inci.

Antara ciri menarik ialah paparan retro yang memberikan sentuhan nostalgia pada instrumen digital seperti Golf I facelift.

Ruang but juga meningkat sebanyak 25 peratus berbanding model enjin pembakaran dalaman.

Rangkaian Kuasa dan Bateri

Volkswagen menawarkan dua pilihan bateri iaitu LFP (lithium iron phosphate) berkapasiti 37 kWj (bersih) untuk varian 85 kW (116 ps) dan 99 kW (135 ps) yang menawarkan jarak gerak sehingga 329 km.

Varian 155 kW (211 ps) pula menggunakan bateri NMC (nikel mangan kobalt) berkapasiti 52 kWj (bersih) dengan jarak gerak sehingga 454 km.

Model ini juga dilengkapi fungsi vehicle to load (V2L) dengan bekalan kuasa sehingga 3.6 kW kepada peranti luar melalui soket 230 V atau penyesuai khas.

Teknologi dan Sistem Bantuan Pemanduan

Hasil daripada platform MEB+ dan perisian baharu, ID. Polo dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemanduan standard.

Ditawarkan sebagai ciri pilihan, sistem Travel Assist baharu menyokong bantuan kawalan membujur (longitudinal) dan sisi (lateral) serta mampu bertindak balas terhadap lampu isyarat dan ciri pertama untuk kelas ini.

Ciri pemanduan satu pedal juga tersedia secara standard yang membolehkan pengurangan kelajuan kenderaan dilakukan hanya melalui kawalan pedal pecutan.

Varian dan Kelengkapan

Volkswagen menawarkan tiga varian kelengkapan utama:

  • Trend: Varian permulaan dengan fungsi pengecasan pantas DC 90 kW, Side Assist, Lane Assist, lampu hadapan LED, stereng pelbagai fungsi balutan kulit sintetik dan pendingin hawa automatik.
  • Life: Dilengkapi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kamera undur, Park Distance Control dan Front Cross Traffic Assist. Ia juga mempunyai fungsi arahan suara, App Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecasan induktif untuk telefon pintar.
  • Style: Varian tertinggi dengan teknologi lampu matrik LED IQ.LIGHT, logo VW bercahaya pada bahagian hadapan dan belakang, kerusi sport serta sistem ID. Light yang dipertingkatkan untuk memberi bantuan maklumat visual kepada pemandu.

Harga dan Ketersediaan

Jualan awal ID. Polo baharu sudah bermula di Jerman. Harga bagi varian asas bermula daripada 24,995 euro (RM115,502).

Selain itu, varian ID. Polo Life dengan kuasa 155 kW (211 ps) dan bateri 52 kWj ditawarkan pada harga bermula 33,795 euro (RM156,167).

Varian pacuan dan kelengkapan lain dijadualkan menyusul pada musim panas akan datang (Jun hingga Ogos).

Spesifikasi Teknikal Volkswagen ID. Polo 2027

  • Jarak Gerak (WLTP): Sehingga 454 km (bateri 52 kWj) atau sehingga 329 km (bateri 37 kWj).
  • Pengecasan Pantas DC (10 ke 80%): Kira-kira 23 minit (bateri 37 kWj) atau kira-kira 24 minit (bateri 52 kWj).
  • Penggunaan Kuasa Gabungan: 14.6 hingga 13.3 kWj/100 km.
  • Dimensi: Panjang 4,053 mm lebar 1,816 mm tinggi 1,530 mm jarak roda 2,600 mm.
  • Output Kuasa: 85 kW (116 ps), 99 kW (135 ps), dan 155 kW (211 ps).
  • Kapasiti But: 441 liter (sehingga 1,240 liter apabila penyandar tempat duduk belakang dilipat).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here