Utama Berita Automotif Chery Tiggo 9 lancar di Malaysia – SUV AWD, 256PS, harga bermula...

Chery Tiggo 9 lancar di Malaysia – SUV AWD, 256PS, harga bermula RM166,800

18

Selepas sebulan membuka tempahan, akhirnya Chery Malaysia melancarkan model baharu mereka menerusi Chery Tiggo 9 untuk pasaran tempatan.

Kehadiran Tiggo 9 mengukuhkan lagi portfolio SUV Chery yang ketika ini merangkumi Tiggo Cross, Tiggo 7 Pro, Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 PHEV.

Reka bentuk luaran menampilkan identiti premium menerusi penggunaan lampu LED penuh di bahagian hadapan dan belakang, lampu siang (DRL), lampu isyarat jenis sequential serta rim aloi 20 inci. Ia turut dilengkapi rel bumbung bagi memenuhi keperluan pengguna yang aktif.

Di dalam kabin, Tiggo 9 menawarkan pelbagai kelengkapan premium termasuk skrin infotainmen bersaiz 15.6 inci yang menggunakan cip Snapdragon 8155, paparan head-up display, kluster meter digital 10.25 inci, serta sistem audio Sony dengan 14 pembesar suara.

Keselesaan turut diberi perhatian menerusi tempat duduk hadapan dengan fungsi pelarasan kuasa 10 hala, pengudaraan dan urutan, manakala tempat duduk baris kedua turut dilengkapi fungsi pengudaraan. Suasana kabin dipertingkatkan lagi dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna.

Untuk pasaran tempatan, Tiggo 9 ditawarkan dengan satu varian enjin sahaja iaitu 2.0 liter turbo TGDi yang dipadankan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.

Rangkaian kuasa itu menghasilkan 256 PS dan 390 Nm tork, sekali gus menjadikannya antara model paling berkuasa dalam keluarga Tiggo.

Tiggo 9 hadir dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang menawarkan tujuh mod pemanduan membabitkan:

  • Eco
  • Normal
  • Sport
  • Sand
  • Mud
  • Snow
  • Off-Road

Chery turut menyatakan kadar penggunaan bahan api sekitar 8.3 liter bagi setiap 100 kilometer, manakala pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 9.3 saat.

Chery Tiggo 9 lebih besar berbanding Tiggo 8 Pro, sekali gus menawarkan ruang kabin yang lebih luas untuk penumpang.Dari segi dimensi, Tiggo 9 mempunyai ukuran 4,810 mm panjang, 1,925 mm lebar dan jarak roda 2,800 mm.

Ruang simpanan barang turut menjadi salah satu kelebihan dengan kapasiti but 449 liter dalam konfigurasi tujuh tempat duduk. Apabila tempat duduk belakang direbahkan, kapasiti maksimum meningkat sehingga 2,065 liter.

Aspek keselamatan juga menjadi antara fokus utama Tiggo 9. SUV ini dilengkapi 10 beg udara, kamera panoramik HD 540 darjah, sensor parkir hadapan dan belakang, serta pelbagai sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2.5. Antara ciri yang ditawarkan termasuk:

  • Kawalan Melayar Adaptif (ACC)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Bantuan Menukar Lorong (LCA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem lampu tinggi pintar

Bagi pilihan warna pula, Chery menawarkan dua pilihan iaitu:

  • Matte Grey
  • Carbon Black

Bagi tempahan terawal, ia ditawarkan dengan dua pakej iaitu Prime dan Flexi. Di bawah maklumat berhubung pakej berkenaan:

Prime

  • RM179,800
  • Rebat tunai RM8,000
  • Percuma subsidi Petrol RM3,000
  • Insuran setahun bernilai RM4,500
  • Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000km
  • Waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km
  • Percuma penyelenggaran 5 tahun

Flexi

  • RM166,800
  • Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000km
  • Waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km
  • Percuma penyelenggaran 5 tahun

 

GALERI GAMBAR

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here