Utama Berita Automotif OMODA C7, C7 PHEV boleh mula ditempah, harga bermula RM160,000

OMODA C7, C7 PHEV boleh mula ditempah, harga bermula RM160,000

3

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi crossover premium terbaharunya, OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV untuk pasaran tempatan.

Dua pilihan kuasa ditawarkan. OMODA C7 ICE dianggarkan berharga sekitar RM160,000, manakala OMODA C7 PHEV dengan teknologi hibrid plug-in pula dianggarkan RM180,000.

Rekaan Art in Motion Yang Lebih Berani

Model baharu ini hadir dengan identiti reka bentuk moden bertemakan Art in Motion. Bahagian hadapan tampil agresif dengan konsep Shark Nose dipadankan lampu LED penuh dan motif pencahayaan heksagon yang memberikan aura premium serta futuristik.

Masuk ke dalam kabin, ruangnya luas dan dipenuhi teknologi terkini untuk memenuhi gaya hidup pengguna moden.

Spesifikasi Utama OMODA C7 ICE – RM160,000 (Anggaran)

  • Enjin : 1.6L Turbo Petrol
  • Transmisi : Klac berkembar 7-kelajuan (DCT)
  • Skrin : Paparan infotainmen 15.6-inci 2.5K + Kluster digital 8.88-inci
  • Keselesaan : Tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, cermin hadapan double-glazed
  • Kemudahan : Pengecas telefon tanpa wayar 50W dengan penyejukan
  • Ruang : But 614 liter, boleh berkembang sehingga 1,371 liter
  • Keselamatan : Pakej penuh Advanced Driver Assistance Systems (ADAS)
  • Ketersambungan : Sistem pintar bersepadu

Spesifikasi Utama OMODA C7 PHEV – RM180,000 (Anggaran)
Dikuasakan Super Hybrid System (SHS) generasi terkini yang menggabungkan :

  • Enjin : 1.5L Turbo
  • Transmisi : Dedicated Hybrid Transmission (DHT)
  • Teknologi ini menawarkan gabungan prestasi mantap dan kecekapan bahan api yang lebih baik berbanding versi ICE

Sebelum pelancaran rasmi, orang ramai dijemput melihat sendiri OMODA C7 dan C7 PHEV di pameran khas Suria KLCC pada 7 hingga 9 Ogos 2026, 10 pagi10 malam.

Pameran berlangsung di 2 lokasi :

  • Aras Concourse berhampiran Uniqlo
  • Aras Ground berhampiran butik Louis Vuitton

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here