Utama Berita Automotif Chery kembang sayap ke Utara, buka pusat 3S di Alor Setar

Chery kembang sayap ke Utara, buka pusat 3S di Alor Setar

4

Chery Malaysia terus mengukuhkan pengaruhnya di wilayah utara apabila merasmikan pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) Chery Alor Setar yang baharu dengan konsep Generasi 4.0 terkini.

Terletak di Lot 304, Lorong Perak 16, Jalan Perusahaan Mergong 2, pusat baharu ini tampil dengan wajah lebih moden, premium dan berfokus kepada keselesaan pelanggan.

Lokasi Strategik, Akses Lebih Mudah

Pemilihan kawasan perindustrian Mergong sebagai lokasi baharu dibuat memandangkan ia adalah antara pusat komersial dan perindustrian utama di Alor Setar.

Kedudukannya itu memberi akses lebih mudah kepada pelanggan di bandar dan negeri-negeri jiran seperti Perlis dan Pulau Pinang.

Dikendalikan oleh Indah Utara Enterprise Sdn Bhd, pusat 3S ini dibina di atas tanah seluas 877 meter persegi dan dilengkapi empat ruang servis bagi menampung keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan di Kedah serta kawasan utara.

Pengalaman Pelanggan Tahap Premium

Menariknya, bilik pameran Chery Alor Setar direka mengikut identiti Gen 4.0 yang menjadi standard baharu jenama itu.

Ruang pameran tampil kontemporari dengan susun atur terbuka, membolehkan pelanggan melihat lebih dekat barisan model terkini Chery dalam suasana yang mesra dan profesional.

Bukan itu sahaja, pusat ini turut menyediakan ruang istirehat pelanggan yang moden dan selesa.

Pemilik kenderaan boleh menunggu dengan tenang sementara kerja penyelenggaraan dijalankan oleh juruteknik terlatih.

Chery Alor Setar menjadi outlet kedua di wilayah Utara yang menggunakan konsep Gen 4.0 selepas Chery Sungai Petani..

Langkah ini jelas menunjukkan komitmen Chery meningkatkan standard pengalaman pelanggan melalui gabungan inovasi, teknologi dan layanan berkualiti.

Waktu Operasi Mesra Pelanggan

Bagi memudahkan kunjungan, bilik pameran dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang, termasuk cuti umum.

Manakala pusat servis pula beroperasi Ahad hingga Khamis, 9 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari Jumaat serta cuti umum.

Dengan pembukaan pusat baharu ini, Chery kini mempunyai dua pusat 3S di Kedah yang dikendalikan Indah Utara Enterprise Sdn Bhd — sekaligus memperkukuhkan lagi kehadiran jenama China itu di pasaran Utara Semenanjung.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here