Utama Berita Automotif Jentera ‘rare’ Yoshimura Tornado S-1 untuk dijual, unit #21 duduk di Poland

Jentera ‘rare’ Yoshimura Tornado S-1 untuk dijual, unit #21 duduk di Poland

6

Mungkin kebanyakan kita mengenali Yoshimura sebagai sebuah jenama pengeluar ekzos yang terkemuka.

Namun tahukah anda, Yoshimura sebenarnya pernah menghasilkan sebuah motosikal yang cukup ‘rare’ kira-kira 23 tahun yang lepas.

Inilah dia Yoshimura Tornado S-1, sebuah superbike yang dibina berdasarkan Suzuki GSX-R1000 di mana hanya 50 unit sahaja yang telah diproduksikan.

Angka tersebut cukup untuk membuatkannya lebih istimewa jika dibandingkan dengan Ducati Desmosedici dan Honda RC213V-S.

Tornado S-1 bukanlah sekadar sebuah projek menampal kit badan aftermarket dan pelekat.

Enjin asal telah dibina semula dan menampilkan kepala gasket yang lebih nipis, omboh bertekanan tinggi, spring injap berprestasi serta set camshaft ST-1.

Sistem ekzos menampilkan saluran 4-1 yang kemudian diakhiri dengan peredam Tri-Oval.

Secara keseluruhan, ia mampu menjana kuasa setinggi 170 PS pada 12,000 rpm dan 107.9 Nm pada 10,000 rpm.

Casis juga ditambah baik dengan penggunaan suspensi boleh laras Ohlins yanng dilaras sendiri oleh Yoshimura.

Unit #21 yang disenaraikan di laman Rare Sportbikes For Sale ini sekarang berada di Poland dan sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat.

Harga yang diminta bermula dari 40,000 euro (RM189k).

Baca: Spesifikasi penuh Tornado S-1

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here