Geely dedah Boyue Cool di China, sasar pembeli muda

634

Geely mendedahkan SUV baharu yang dipanggil Boyue Cool dan pra tempahan dijangka dibuka bulan ini di China menjelang pelancaran rasmi separuh tahun pertama 2023.

Perkataan ‘Cool’ pada model membawa maksud ‘Creative, Opening, Outdare dan Love’ yang mana sasaran pembelinya adalah golongan muda. 



Justeru itu, Geely menggunakan bahasa rekaan ‘Starburst Vision’ yang menampilkan bentuk sudut dan garisan tajam pada badan SUV itu.

Selain itu, penggayaan Boyue Cool diserlahkan dengan gril depan lebih besar bersama elemen pencayaan bentuk Y yang ditarik hingga bampar. 

Daripada segi dimensi, Boyue Cool memiliki panjang 4,510mm, lebar (1,865 mm), tinggi (1,650 mm) dan jarak roda 2,701 mm. Saiznya hampir sama dengan Proton X70.

SUV itu dijana oleh enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 178hp dan tork 290Nm bersama transmisi dual klac 7-kelajuan. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7.9 saat.

Masuk ke kabin, kluster instrumen digital 10.25 inci diletakkan pada papan pemuka dan skrin sentuh menegak bersaiz 13.2 inci yang menjadi ruangan kawalan fungsi kereta termasuklah pelarasan suhu aircon.

Sementara, sistem hiburan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8155 SoC yang membolehkan perintah suara dan pengesanan wajah menerusi kamera yang diletakkan di atas stereng.

Boyue Cool turut menampilkan semi autonomi peringkat 2 SAE merangkumi ciri keselamatan Kawalan Kruise Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi dan Bantuan Kekal Lorong serta lain-lain.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah 72 pencahayaan kabin, bumbung suria panorama besar, kemasan kulit, corong pendingin hawa belakang dan saiz but 571 liter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here