Tempahan sewa MPV laku keras sempena raya, ada sanggup berhabis RM1,300 sehari

835

Perkhidmatan kereta sewa untuk kegunaan perayaan Hari Raya Aidilfitri sudah penuh ditempah sejak satu Ramadan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Qaiser Auto Mall, Mohd Fauzi Che Roas berkata model MPV mendapat permintaan tinggi kerana rata-rata pelanggan memiliki ahli keluarga yang ramai selain mementingkan keselesaan ketika perjalanan jauh.

Gambar hiasan

“Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke kampung. Kereta paling ‘laku’ adalah Perodua Alza dan Proton Exora.



“Selain itu kereta kompak (seperti) Perodua Myvi juga ada permintaan, kebanyakan pelajar (yang akan sewa). Mereka akan ‘car pool’ dengan rakan-rakan sekampung untuk lebih jimat,” katanya.

Di samping itu, ada juga pelanggan sanggup berhabis duit sehingga RM1,300 sehari menyewa MPV mewah seperti Toyota Alphard, Vellfire dan Hyundai Starex untuk kelihatan bergaya ketika pulang ke kampung.

Walaupun harga sewaan mencecah ribuan ringgit ketika musim perayaan, Mohd Fauzi berkata, masih ramai yang sanggup menyewa kenderaan tersebut sehingga lima hari.

“Kalau bukan musim perayaan, harga (sewaan) kereta mewah antara RM850 hingga RM950 sehari, tetapi pada musim raya harga boleh cecah sehingga RM1,000 hingga RM1,300 sehari.

“Kadang-kadang ahli keluarga tak ramai tetapi sebab nak ‘showoff’ pada orang kampung, mereka sanggup berhabis duit,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here