Pembeli ‘koyak’, SA suruh bayar RM1000 kalau nak pandu uji Toyota Alphard

2356

Apabila ingin membeli kenderaan baharu tentunya bakal pembeli sudah mempertimbangkan model yang diinginkan sesuai kocek, kemudian mengunjungi pusat jualan untuk memandu uji kereta berkenaan.

Bagaimanapun, lain pula kisah seorang pengguna Facebook Alattas Sir yang berkongsi kisah seorang pembantu jualan dengan mentaliti B40. 



Tidak diketahui adakah kisah itu dialaminya sendiri atau hanya berkongsi kisah individu lain. Dia berkongsi tangkap layar perbualan dengan pembantu jualan yang dipercayai dari sebuah pusat jualan kenderaan terpakai (recond).

Sikap acuh tidak acuh pembantu jualan tersebut yang seolah menyindir membuatkan pembeli berkecil hati lalu melupakan niat untuk membeli MPV mewah tersebut. 

Berdasarkan perkongsian isi perbualan antara kedua-dua pihak, pembeli menghubungi penjual untuk bertanyakan tentang model MPV Toyota Alphard.

“Ada nak murah sikit Vellfirepun ada. Cari spec apa?,” soal jurujual.

“Abang suggest bang, saya tak pandai sangat, boleh datang test drive bang?,” kata pembeli.

Susulan itu, pembantu jualan meminta pembeli meletakkan wang tempahan sebanyak RM1,000.

“Kita jaga kereta bukan main datangje test,” kata penjual. 

Oleh kerana penjual membalas dalam nada yang kurang sopan, pembeli membatalkan niat untuk mencuba MPV tersebut dan perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai.

Menurut Motoqar setiap wakil jualan menetapkan peraturan yang berbeza. Mungkin ada yang tidak membenarkan pandu uji tetapi ada juga yang tidak kisah yang mana memberi peluang kepada pembeli berpotensi mencuba sendiri kenderaan itu dalam pandu uji singkat.

“Memanglah 1000 as security deposit, tapi cara reply macam apaje aku tengok. Bolehje reply boleh tuan, tapi kene ada security deposit ya. Kan manis skkit gituuu.”

“RM1,000 security deposit je. Kalau apa-apa jadi masa test drive tula duit nak cover, tak jadi beli pulang balik, nak terasa sangat kenapa?.Tak nampak kaitan selipar kat situ.”

“Recon car memang macm tu untuk sesetengah tempat..kereta yang display itulah akan jual. Nak test drive salesman kena isi minyak pakai duit sendiri. Jadi diapun nak tengok serius atau tak.”
 
“Salesman nak elak geng-geng MLM testdrive tu, ramaije geng MLM buat mcm tu, testdrive tangjap gambar logo kt stereng…pastu chow.”
 
“Ni joy bidderje ni. Orang mintak 1k sebagai security depo terus koyak selipar.. tak ada duit jangan ganggu orang cari rezeki, sellertu tak ada maki/perli kau pun terus triggered tiba-tiba..lempang karang.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here