China jual 1.69 juta kenderaan bulan Mac, BYD kekal jenama terlaris dan Tesla tangga ke-7

139

Jualan kenderaan penumpang di China pada bulan Mac merekodkan 1.69 juta dengan peningkatan tahun ke tahun 6.2 peratus dan 53.1 peratus bagi bulan ke bulan. 

Sekaligus menjadikan jualan kenderaan China pada suku pertama tahun ini sebanyak 4.829 juta, menurut Pertubuhan Kenderaan Penumpang China (CPCA).



Volum jualan sedan merekodkan 780,000 unit kenderaan diikuti MPV (94,000) dan SUV (816,000).

Manakala BYD kekal menjadi pendahulu dengan rekod jualan bulan Mac sebanyak 260,300 unit. Tiga jenama China yang tersenarai dalam 10 teratas adalah Geely, Changan dan Chery

Top 10 jenama terlaris bulan Mac di China :

  1. BYD : 260,300
  2. FAW-Volkswagen : 140,588
  3. Geely : 114,430
  4. Changan : 103,532
  5. SAIC-Volkswagen : 87,333
  6. Chery : 75,274
  7. Tesla China : 62,398
  8. Beijing Benz : 60,516
  9. FAW-Toyota : 57,846
  10. SAIC-GM : 57,522

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) pada bulan Mac mencapai 709,000 unit jualan dengan peningkatan tahun ke tahun 29.5 peratus.

BYD Qin Plus DM-i menjadi sedan NEV terlaris dengan jualan 50,394 unit dan Tesla Model Y merupakan SUV NEV terlaris dengan jualan 47,917 unit.

Denza D9 menjadi MPV NEV terlaris di China dengan rekod jualan 10, 036 unit. 

Kadar pencapaian NEV dalam pasaran China mencapai 41.6 peratus pada bulan Mac yang mana kadar pencapaian dalam kalangan jenama bebas China ialah 63.3 peratus manakala dalam kalangan jenama usaha sama hanya 7.4 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here