Jenama China dominasi 10 tangga teratas jualan kenderaan di Rusia

121

Jenama China mendominasi rekod jualan kenderaan bulan Mac di Rusia. Lebih mengejutkan Li Auto yang tidak begitu meluas mengeksport kenderaan turut berada dalam senarai 10 teratas.

Jenama lokal Lada masih menguasai pasaran di tangga pertama dengan peningkatan sebanyak 64.5 peratus pada Mac dan  43.2 peratus YOY untuk tiga bulan pertama.

Lada Niva Legend

Namun, peningkatan jualan beberapa jenama China lebih tinggi berbanding Lada. Rusia tahun lalu merupakan pasaran eksport kereta terbesar di China dengan jualan sebanyak 841,000 unit dari Januari hingga November 2023. 



Great Wall, Geely dan Chery merekodkan jualan kenderaan masing-masing 16,045 unit, 15,004 unit dan 13,159 unit pada bulan Mac. Geely dan Chery berada dalam senarai 10 teratas lebih daripada sekali.

Geely Belgee

Bagi Geely, posisi kesembilan dicapai menerusi Geely Belgee yang merupakan usahasama syarikat Belarus BelAZ (51.5 peratus) dan Geely (33.5 peratus). SUV tersebut dipasang di Belarus dan bukannya China.

Chery juga mendominasi pasaran menerusi jenama Exceed di tangga keenam, Omoda pada kedudukan ketujuh dan Jetour ke-10.

Exceed merupakan jenama SUV premium yang diperkenalkan oleh Chery pada September 2017 manakala Omoda jenama eksport untuk kereta Chery yang pertama kali muncul menerusi versi yang dinamakan semula, Chery Omoda 5

Li L9

Walau bagaimanapun, berita terbesar dalam senarai itu ialah Li Auto sebuah jenama yang pada umumnya dianggap hanya beroperasi di China.

Li menjual 3,617 kereta di Rusia pada bulan Mac yang merupakan peningkatan 14971 peratus YOY dan jenama itu menjual 8,049 kereta pada suku pertama meningkat sebanyak 19532 peratus.

BERIKUT SENARAI TOP 10 JUALAN MAC DI RUSIA

  1. Lada : 39,908 unit
  2. Haval : 16,045 unit
  3. Geely : 15,004 unit
  4. Chery : 13,159 unit
  5. Changan : 9,330 unit
  6. Exeed : 4,664 unit
  7. Omoda : 4,632 unit
  8. Li Auto : 3,617 unit
  9. Geely Belgee : 2,732 unit
  10. Jetour : 2,616 unit

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here