Geely X Watch: Hidupkan enjin, pendingin hawa Proton anda?

378

Geely di China telah mendedahkan smart watch atau jam tangan pintar untuk produksi besar-besaran pertama mereka yang diberi nama X Watch.

Menurut DSF.my, X Watch akan lebih canggih dan pintar dari jam pintar Samsung Galaxy dimana X Watch mampu berinteraksi dengan sistem GKUI pada model-model terkini Geely.

Geely X Watch menggunakan skrin paparan 1.3-inci dengan 2.5D sentuhan off-screen dan ia juga kalis air.

Imej: DSF.my

Antara fungsi pada model kenderaan Geely yang boleh dikawal oleh X Watch adalah menghidupkan kereta, mematikan kereta, menghidupkan pendingin hawa, membuka kunci pintu dan mengawal sistem navigasi.

Tambahan lagi, pengguna boleh berkongsi maklumat melalui X Watch ini. Periksa senarai kenalan, senarai lagu, navigasi dan pengingat temujanji semuanya dikawal dengan hanya satu klik.

Geely Boyue Pro

Jam tangan pintar ini turut menyokong fungsi kesihatan seperti penggera harian yang membantu pengguna memantau aktiviti fizikal dan maklumat senaman.

Dengan adanya Geely X Watch, tidak mustahil ia akan diberi sebagai pilihan tembahan kepada model-model Proton yang menggunakan sistem multimedia GKUI pada masa akan datang.

Komen anda mungkin membantu