Subaru Forester 2.0 STI Performances dilancarkan di Malaysia

2151

Pengedar kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd melancarkan varian baru Subaru Forester menerusi 2.0 STI Performances.

Subaru Forester 2.0 STI Performances kini memperlihatkan reka bentuk luaran dan dalaman yang lebih sporty. Ia juga menjanjikan kepelbagaian dan keselesaan yang terbaik.

Subaru Forester 2.0 STI Performances

Model ini dibezakan dan dinaik taraf melalui reka bentuk depannya yang kelihatan berani dan lebih menonjolkan reka bentuknya yang bergaya.



Jentera ini hadir dengan aksesori eksklusif termasuk spoiler STI bahagian depan dan belakang, anjal tower bar STI pada bahagian bawah hud, jeriji depan, pelapik brek STI, panel pemijak kargo beserta dengan penapis udara STI.

 

Rekaan dalaman varian ini dilengkapi karpet alas kaki premium dengan tempat duduk jenis kulit, tombol gear dibalut kulit, dan plat ambang sisi.

Kereta utiliti sukan (SUV) itu mengekalkan enjin yang sama dengan model Forester 2.0i-P. SUV ini menggunakan enjin Boxer  2.0 liter silinder 16 injap yang menghasilkan kuasa maksimum 150 PS dan 198 Nm pada 4,200 rpm.

Ruang kabin kemas dan menarik

Ia juga dilengkapi dengan 7 beg udara. Beberapa ciri keselamatan asas yang lain bagi memastikan keselamatan pemandu dan juga penumpang.

Model itu dijual dengan harga RM135,288 tanpa insurans. Kini ia boleh didapati di bilik pameran Subaru seluruh Malaysia pada 22 September ini.

Anda boleh melawati bilik pameran Subaru pada 22-23 September ini bagi merasai sendiri pengalaman memandu Forester 2.0 STI Performance. Ajukan pendapat anda tentang ciri-ciri baharu varian ini kepada kami.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here