Honda Civic 600 hp dibina pelajar universiti

1442

Pelajar Universiti Clemson berjaya membina Honda Civic 600 hp dan ia dianggap sebagai projek universiti yang paling hebat. 19 orang pelajar berjaya membina Civic yang dinamakan ‘Deep Orange 9’ ini dengan tajaan daripada Honda.

Pembinaan Honda Civic yang hebat ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan di Pusat Antarabangsa Universiti Clemson untuk Kajian Automotif.

Mereka bermula daripada badan Honda Civic sedan yang sedia ada. Dua matlamat yang mereka ingin capai daripada projek ini ialah prestasi kelajuan yang sangat tinggi dan mengurangkan pelepasan asap dari kenderaan itu.



Honda Civic 600 hp - Deep Orange 9
Honda Civic 600 hp – Deep Orange 9

Mereka menjangkakan kereta itu untuk jadi sepantas kereta lumba dan sudah tentu Civic ini tidak menghampakan. Mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 96.6 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2 saat.

Menurut pelajar-pelajar hebat itu, ia mampu mencapai kelajuan yang hebat itu dengan bantuan enjin hibrid yang mereka gunakan. 

Gandar pada bahagian belakang mengendalikan kuasa dari enjin supercharged empat silinder2.0-liter, manakala gandar depan mendapat kuasa daripada motor elektrik.

Deep Orange 9
Deep Orange 9

Enjin yang digunakan menghasilkan 400 hp manakala motor elektrik yang digunakan menyalurkan 200 hp tambahan kepada jentera itu. Pelajar-pelajar itu nampaknya mendapat ilham berdasarkan Acura NSX.

Ekonomi bahan api yang digunakan bertambah baik sebanyak 30%, walaupun begitu kereta ini tetap kereta lumba. Ekonomi bahan api yang baik dan enjin berkuasa 600hp selalunya bukanlah gabungan yang serasi.

Namun begitu, projek ini merupakan satu usaha yang baik bagi menguji penggunaan enjin yang lebih mesra alam pada kereta lumba.

Sistem elektrik yang digunakan pada Civic ini juga mampu mengurangkan pelepasan asap daripada kenderaan.

VIDEO:

Kajian dan reka cipta seperti ini sangat bagus dan projek seperti ini yang kita perlukan. Pelajar seharunya melakukan lebih banyak projek kajian seperti ini kerana ia memberi manfaat kepada banyak pihak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here