Porsche Cayman T lebih ringan bakal dilancarkan tahun depan

1143

Cayman T yang bakal dikeluarkan pada tahun depan dikatakan lebih ringan berbanding model terdahulu.

Jentera itu dikatakan lebih ringan sebanyak 20 kilogram berbanding model asal kerana ia dilengkapi dengan komponen dan penggunaan bahan yang lebih ringan.

Antara penyebab jentera ini lebih ringan adalah kerana ia menggunakan kaca yang lebih nipis dan sistem stereo yang lebih ringan.



Enjin yang digunakan pula ialah enjin empat-silinder yang ditala yang mampu menghasilkan 360hp. Ekzos sport yang digunakan pula bakal menaiktaraf bunyi “merdu” jentera ini.

Kedudukan Cayman T ini dikatakan diantara Cayman S dan GTS. Ini bermaksud jentera ini mempunyai prestasi lebih baik daripada GTS dan mempunyai harga yang lebih murah berbanding Cayman S.

Porsche masih lagi belum mengeluarkan maklumat lengkap tentang berapa anggaran sebenar jentera ini.   

Kami bakal sediakan maklumat yang lengkap kepada anda apabila Porsche mengeluarkan maklumat sahih tentang Cayman T yang ditunggu-tunggu ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here