Lampu pintar Volkswagen tingkatkan keselamatan pemanduan

1635

Volkswagen mempamerkan konsep lampu yang bakal digunakan pada jenteranya nanti. Ia bukan sahaja bakal memudahkan pengguna untuk parkir kereta secara mengundur malah ia juga hadir dengan beberapa ciri lain.

Pereka cipta idea itu berharap agar ciptaannya bakal membantu meningkatkan keselamatan pemanduan terutamanya pada waktu malam.

Lampu pintar Volkswagen
Lampu pintar Volkswagen

Sama seperti Volkswagen Touareq yang merupakan kenderaan pertama menggunakan sistem Optical Lane Assist. Sistem itu akan menunjukkan ukuran sebenar kereta itu ketika pemanduan di jalan raya bagi memastikan ia selamat untuk meneruskan perjalanan.



Touareq baharu itu juga merupakan kenderaan pertama yang bakal menggunakan sistem IQ Light. Ini kerana lampunya bakal menerangi jalan selekoh sebelum pemandu membelok.

Penggunaan lampu tinggi juga bakal menjadi lebih mudah kerana ia akan mengesan kenderaan dari arah bertentangan. Ia akan memudahkan pemandu untuk tidak buka dan tutup lampu tinggi apabila ada kenderaan dari arah bertentangan sepanjang pemanduan.

Sistem ini juga bakal mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan yang berada di kawasan gelap. Ia bakal menerangi jalan dan pemandu akan sedar kehadiran mereka untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here