Jentera rasmi Presiden Rusia ditayang kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.

158

Bagi setiap pemimpin negara seperti Putera raja, sudah pasti mereka mempunyai kenderaan untuk dijadikan sebagai pengangkutan rasmi.

Seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin memiliki kenderaan rasmi sendiri yang mana ia adalah jentera keluaran negara berkenaan.

Jadi video ini memaparkan Putin menunjuk kenderaan rasminya kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed Al Nahyan ketika beliau melawat Moscow, Rusia baru-baru ini.

Jentera limusin itu adalah difahamkan menggunakan enjin V12 yang menyalurkan 800hp.

Difahamkan juga, Porsche yang bertanggungjawab membangunkan rangkaian kuasa itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dilaporkan sama ada menggunakan teknologi canggih atau ciri keselamatan terkini.

Berdasarkan laporan mengatakan bahawa jentera itu akan ditayangkan kepada umum pada hujung Ogos ini sempena Pameran Auto Moscow.

Mohammed bin Zayed Al Nahyan

Mohammed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan adalah pangeran mahkota Abu Dhabi dan deputi komandan tertinggi Pasukan Angkatan Darat UEA.

Al Nahyan lahir pada 11 Maret 1961. Ia adalah putra ketiga dari Zayed bin Sultan Al Nahyan, Presiden Uni Emirat Arab pertama dan penguasa Abu Dhabi, dan istri ketiganya, Sheikha Fatima bint Mubarak Al Ketbi. Ia memiliki lima adik kandung: Hamdan, Hazza, Tahnoun, Mansour, dan Abdullah. Mereka dikenal sebagai Bani Fatima atau putra-putra Fatima.

Pada November 2003, ayahnya Zayed bin Sultan melantik Sheikh Mohammed menjadi deputi pangeran mahkota Abu Dhabi. Setelah kematian ayahnya, Al Nayhan menjadi pangeran mahkota Abu Dhabi pada November 2004 dan dilantik menjadi deputi komandan tertinggi pasukan angkatan darat UEA pada Januari 2005.

Sebulan kemudian, ia dipromosikan menjadi berpangkat Jenderal. Sejak December 2004 ia juga menjadi ketua Dewan Eksekutif Abu Dhabi, yang mengurusi pengembangan dan perencanaan Emirat Abu Dhabi dan anggota Dewan Petroleum Tertinggi.

Komen anda mungkin membantu