Subaru lancar edisi istimewa WRX dan WRX STI Series.Gray.

176
Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray

Subaru Amerika perkenalkan edisi istimewanya menerusi Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray versi tahun 2019.

Edisi jentera itu hadir dikeluarkan sebanyak 1,000 unit sahaja apabila Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray masing-masing dikeluarkan 750 serta 250 unit.

Sesuai dengan warna kelabu, jentera itu dipanggil Series.Gray yang mana ia akan berada di wakil pengedar pada musim luruh ini.

Subaru WRX Series.Gray

Bagi model Subaru WRX, ia didatangkan transmisi manual eksklusif dengan dicat warna kelabu dengan padanan logo hitam.

Pada masa sama, cermin sisi yang boleh dilipat dan diwarnakan warna hitam untuk memberi penampilan berbeza.

Subaru WRX STI Series.Gray

Subaru WRX Series.Gray menggunakan model WRX Premium yang dilengkapi Pakej Berprestasi dengan kelengkapan kerusi Recaro dan pelapik brek Jurid.

Ia juga ditambah lampu utama LED dengan responsif stereng, lampu kabus LED dan kemasukan tanpa kunci dengan butang menghidup enjin.

Subaru WRX STI Series.Gray

Jentera ini dijual pada harga USD32,595 (RM129,516).

Sementara itu, Subaru WRX STI Series.Gray turut menggunakan warna luaran yang sama cuma perbezaannya hanya rim aloi hitam 19 inci.

Jentera WRX STI Series.Gray turut dilengkapi brek kaliper Brembo yang dicat kemasan perak serta diletak logo STI.

Ruang kabin kemasan warna mewah

Jika memasuki ruang kabinnya, ia disempurnakan dengan warna hitam tetapi stereng dan tempat duduk menerima sentuhan kemasan merah.

Paling menarik, pengendaliannya dipertingkatkan dengan suspensi talaan sport Bilstein yang mana jentera itu dijual pada harga USD39,695 (RM157,728).

Komen anda mungkin membantu