Volkswagen Golf R versi tiga pintu tiba di Malaysia

3999
Volkswagen
Tampil sporty
 

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini membuka tempatan jentera Golf R versi tiga pintu buat pasaran tempatan.

Namun, anda perlulah cepat membuat keputusan apabila ia hanya ditawarkan dengan jumlah terhad dengan hanya 10 unit sahaja.

Sama seperti versi Golf R lima pintu, ia masih menggunakan enjin pengecas turbo 2.0 TSI yang dipadankan transmisi tujuh kelajuan DSG.



Volkswagen
Jentera paling berkuasa keluarga Golf

Kereta paling diminati bagi keluarga Golf mampu menjana kuasa maksimum sehingga 290PS dengan tork 380Nm antara 2,000 sehingga 5,400rpm. Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke pacuan empat roda iaitu Sistem 4Motion.

Apa yang membezakan dengan Golf R lima pintu, versi tiga pintu mempunyai sedikit kekurangan apabila tidak dilengkapi sistem tanpa kunci, sistem penghidup enjin, fungsi memori cermin luar dan kerusi boleh ubah berkuasa.

Ia hanya ditawarkan dengan warna biru yang diperkemaskan dengan dilengkapi rim hitam Pretoria 19 inci.

Volkswagen
Jentera idaman

Malah, ruang kabinnya pula hadir dengan kerusi kulit Vienna dan paparan info aktif 12.3 inci.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Golf R adalah satu model Volkswagen yang paling diminati sepanjang masa.

“Adanya Golf R tiga pintu ini ia adalah peluang untuk peminat menjadi sebahagian daripada sesuatu yang istimewa buat mereka.

Golf R tiga pintu adalah jentera yang jarang ditemui di Malaysia. Dengan ini, kami yakin semua 10 unit akan dijual dengan cepat, ” katanya.

Untuk memilikinya, ia dijual pada harga RM268,888 sebelum pendaftaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here