Proton Satria juara rali untuk dijual, mileage kurang 200km!

4061

Banyak juga jentera menarik untuk dijual, tetapi kadang-kadang ianya di luar negara. Tapi kalau betul-betul nak dan sumber kewangan mengizinkan, apa pun boleh, kan?

Terkini, sebuah Proton Satria berspesifikasi rali untuk dijual, dan jentera ini berada di United Kingdom. Satria ini telah menghabiskan kebanyakan hayatnya untuk kegunaan “motorsport”.



Bukan “motorsport” lepak TT, ikut konvoi dan lepak Dataran ya, itu “motoring”. Ini “motorsport” sebenar dimana kebanyakan masanya dihabiskan di litar-litar sukan permotoran.

Oh ya, jika diukur dari mileage, memang hayatnya pun masih muda. Tak sampai 200km perbatuannya.

Ia asalnya untuk kegunaan Harry Hackly Motorsport (HHMS), namun telah di-rebuild sepenuhnya untuk dinaiktaraf menjadi jentera rali.

Setakat ini, Satria ini telah menjadi juara BTRDA (British Trial & Rally Driver Association) sebanyak tiga kali!

Berikut adalah spesifikasi ringkas Satria ini:

Enjin: Super1400 dari John Beattie @ RED race engine

Transmisi: Dog box HHMS dengan shaf HHMS

Suspensi: Proflex

Brek: Alcon

Untuk maklumat lanjut dan proses jual beli, hubungi https://www.facebook.com/spencersport.co.uk di laman Facebook mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here